AnnachePastry

Biskut Pistachio Coklat Putih

Doh

  • Mentega, dilembutkan
    Berat:3.5 oz
    Isipadu:1/2 cawan
  • Gula perang
    Berat:3.5 oz
    Isipadu:1/2 cawan
  • Gula pasir
    Berat:1.8 oz
    Isipadu:1/4 cawan
  • Telur
    Berat:1.8 oz
    Isipadu:1 biji
  • Esen vanila
    Berat:0.1 oz
    Isipadu:1/2 sudu kecil
  • Tepung gandum
    Berat:8.5 oz
    Isipadu:1 3/4 cawan
  • Serbuk penaik
    Berat:0.1 oz
    Isipadu:1/2 sudu kecil
  • Garam
    Berat:0.1 oz
    Isipadu:1/4 sudu kecil
  • Coklat putih
    Berat:2.5 oz
    Isipadu:1/2 cawan
  • Kacang pistachio, tanpa garam
    Berat:2.5 oz
    Isipadu:1/2 cawan
  • Kranberi kering
    Berat:3.5 oz
    Isipadu:3/4 cawan

CARA MEMBUAT

  1. Doh

    Dalam mangkuk besar, satukan 100 g mentega lembut, 100 g gula perang, 50 g gula pasir, telur dan ½ sk esen vanila. Pukul menggunakan mixer untuk lebih cepat atau kacau guna whisk sehingga kembang berkrim.

    Ayak 240 g tepung gandum, ½ sk serbuk penaik dan ¼ sk garam ke dalam mangkuk, kemudian gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.

    Cincang kasar 70 g coklat putih. Masukkan ke dalam doh bersama 70 g kacang pistachio dan 100 g kranberi kering. Gaul sebati sehingga bahan tersebar rata.

  2. Membentuk & Membakar

    Bahagikan doh kepada 8 bahagian (95–100 g setiap satu) dan bulatkan. Susun atas loyang yang dialas baking paper, jarakkan sedikit antara satu sama lain, dan leperkan sedikit menggunakan tapak tangan.

    Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C (350°F) selama 12–15 minit sehingga keperangan sedikit di bahagian tepi. Sejukkan biskut atas redai penyejuk.

Hiasan

  • Coklat putih
    Berat:2.5 oz
    Isipadu:1/2 cawan
  • Kacang pistachio, tanpa garam, dicincang
    Berat:1.1 oz
    Isipadu:1/4 cawan

CARA MEMBUAT

  1. Hiasan

    Cincang kasar 30 g pistachio dan cairkan 70 g coklat putih (saya gunakan kaedah double boiler atau letakkan mangkuk coklat di atas mangkuk berisi air panas). Sapukan coklat cair di atas setiap biskut dan taburkan cincangan pistachio. Biarkan coklat mengeras sebelum dihidang.

    Kini Biskut Coklat Putih Pistachio Kranberi anda sedia untuk dinikmati! Cantik dipandang, sangat sedap dan memang ngam dinikmati bersama teh, kopi atau dijadikan hadiah istimewa. 💛

Alergen

  • Gluten
  • Telur
  • Soya
  • Susu
  • Kacang
  • Sulfit (buah kering, anggur)

Diraag berdasarkan kandungan produk. Semak pembungkusan: pengeluar mungkin menambah alergen, dan produk mungkin mengandungi sisa alergen.

Jumlah Ukuran

Jumlah berat:1.95 lb
Jumlah Makros
3868Kcal
61Protein
180Lemak
525Karbohidrat
Purata Makros per 100g
437Kcal
7Protein
20Lemak
59Karbohidrat

Kami menggunakan kuki yang diperlukan untuk memastikan anda kekal log masuk. Dengan kebenaran anda, kami juga menggunakan kuki analitik (Google Analytics) untuk mengira bilangan lawatan. Anda boleh mengubah pilihan anda pada bila-bila masa di “Tetapan kuki” di bahagian bawah halaman. Maklumat lanjut dalam Dasar Privasi.